Selamat datang ke laman rasmi USNO Kawasan DUN N53 Sekong

Pandikar Tetap Pendekar

Tokoh legenda masih relevan

Kredit : FB Imbar Sumiwi

10/20/20251 min read

KOTA KINABALU, 19 Okt 2025 – Ribuan penyokong memenuhi dewan gergasi Sabah International Convention Centre (SICC) dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 anjuran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berlangsung penuh semangat dan warna-warni.

Lebih 20,000 hadirin menyaksikan detik simbolik penyatuan parti-parti lokal dan nasional di bawah panji GRS yang dirasmikan oleh Pengerusi GRS merangkap take taker Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Namun, antara deretan ucapan pemimpin yang bergema di pentas, suara yang paling menyentuh hati ramai ialah ucapan Yang Amat Mulia Tan Sri Pandikar Amin Mulia (TSPA) Presiden USNO, tokoh lama yang terus menjadi pendekar di pentas politik Sabah.

Dalam nada tenang tetapi tegas, TSPA menyifatkan tindakan Datuk Hajiji menyatukan parti-parti tempatan dan parti komponen nasional di bawah GRS sebagai satu “brilliant move”, tanda kematangan dan kebijaksanaan politik seorang pemimpin negeri.

“Walaupun ada parti-parti lokal yang tidak memiliki kerusi, mereka tetap diundang untuk bersama dalam GRS. Inilah contoh politik matang dan inklusif tidak melihat siapa kuat atau lemah, tetapi siapa mahu berjuang demi Sabah,” ujar TSPA, disambut sorakan gemuruh hadirin.

Ketika moderator bertanyakan pandangannya mengenai autonomi Sabah, TSPA menjawab dengan penuh makna, bahawa autonomi sebenar ialah apabila negeri ini dipimpin oleh pemimpin parti lokal yang memahami denyut nadi rakyat Sabah, tanpa menyalahi semangat dan Perlembagaan Malaysia.

“Autonomi bukan bermakna keluar dari Malaysia. Ia bermakna Sabah diurus oleh anak Sabah sendiri dengan semangat rakan setara dalam Persekutuan,” tegasnya.

Ucapan beliau sekali lagi mengundang tepukan riuh tanda hormat kepada seorang negarawan yang tidak hanya berpandangan jauh, tetapi juga dihormati lawan dan kawan.

Majlis yang turut disertai oleh para presiden parti gabungan GRS diakhiri dengan acara hiburan dan seruan perjuangan “Rumah Kita, Kita Jaga”.. Hidup GRS,.. bergema di seluruh dewan.

Sebagai pemerhati yang hadir, saya melihat majlis ini bukan sekadar pelancaran jentera pilihan raya, tetapi lambang penyatuan tenaga dan jiwa rakyat Sabah di bawah satu semangat baharu — untuk mempertahankan rumah sendiri, membina masa depan yang lebih baik.

SABAH MAJU JAYA ❤

RUMAH KITA KITA JAGA 🙏

HIDUP GRS 🌹

TSPA TETAP PENDEKAR DI HATI RAKYAT 👏💐