Selamat datang ke laman rasmi USNO Kawasan DUN N53 Sekong
MISI


15
Membawa perubahan drastik terhadap penduduk Kawasan DUN Sekong yang sekian lama dibelenggu pelbagai kesukaran dan terpinggir daripada pembangunan daripada segenap aspek.
VISI
Memfokus dasar pembangunan modal insan,sosial,kekeluargaan serta pendidikan,sebagai asas perkembangan taraf kehidupan melalui kesedaran sivik yang mapan seiring perkembangan dan peralihan arus zaman yang semakin pesat.
MATLAMAT
Memberikan keutamaan keatas tiga teras UTAMA yang dilihat sebagai permasalahan terbesar dalam kalangan majoriti penduduk Kawasan DUN Sekong :
I) Pendidikan
- Berdasarkan penelitian pasukan Khidmat Masyarakat yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian,Ketua-Ketua Generasi Baru(KGB) serta Ketua-Ketua dan Ahli-Ahli cawangan USNO DUN Sekong,didapati bahawa majoriti kanak-kanak dari kalangan keluarga-keluarga yang mendiami perkampungan terutama perkampungan atas air mahupun setinggan,adalah tidak mendapat dan memperoleh pendidikan yang formal seperti kanak-kanak lain.
- Menyedari akan pentingnya pendidikan sebermula usia kanak-kanak,AJK tertinggi USNO DUN Sekong yang diketuai Ketua Bahagian Puan Sri Diana Datuk Diego,telah membawakan dan memperkenalkan program SEKONG CELIK.
- Program tersebut adalah merujuk kepada kempen kesedaran akan pentingnya pendidikan untuk kanak-kanak agar memperoleh peluang belajar menimba ilmu di sekolah-sekolah kerajaan mahupun sekolah alternatif.
- Antara pengisian Program Sekong Celik adalah seperti Kelas Bimbingan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada kanak-kanak yang terlibat dan berkelayakan,disamping itu juga turut membawakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk 300 orang pelajar B40 sekitar kawasan Sekong yang berkenaan.
- Penubuhan pusat pembelajaran komuniti Kampung dan Sekolah Alternatif juga telah dicadangkan bagi mempermudahkan para kanak-kanak yang berstatus “STATELESS” untuk meraih peluang pendidikan,memandangkan data menunjukkan terdapat sebilangan besar penduduk-penduduk tempatan yang berstatus bumiputera dan pengundi-pengundi kawasan DUN Sekong,mempunyai sanak saudara yang berstatus Tanpa Negara atau “STATELESS” yang menyukarkan mereka mendapat akses perubatan dan pendidikan yang sewajarnya.Walau apapun punca permasalahan tersebut, pasukan Khidmat Masyarakat DUN Sekong berprihatin untuk mengambil inisiatif membantu mempermudahkan Usaha mereka meraih kehidupan yang normal seperti insan-insan lain.
II) Kesihatan
- Sebuah klinik bergerak akan diwujudkan yang akan mendatangi kawasan-kawasan setinggan serta kawasan penempatan atas air,bagi mempermudahkan serata penduduk yang agak sukar mendapatkan akses rawatan serta pemeriksaan kesihatan yang baik.
- Disamping itu juga,Kempen Kesedaran Sanitasi dan kebersihan persekitaran untuk kanak-kanak pesisir pantai,agar mendidik jiwa sebermula usia kanak-kanak akan kepentingan menjaga kebersihan diri,keluarga dan sekililing agar tidak terdedah kepada penyakit yang berbahaya.
III) Ekonomi Keluarga
- Sokongan ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan serta berpendapatan rendah melalui program Makmal Usahawan Wanita yang akan menyediakan bimbingan dan Latihan serta modal asas untuk memulakan perniagaan kecil.
- Program pasar komuniti bulanan untuk jualan produk dari rumah ke rumah,dengan harapan mampu membantu penduduk-penduduk berkenaan untuk menjana pendapatan.
- Kad bantuan Khas ibu tunggal untuk perbelanjaan asas barang-barang dapur juga akan diadakan untuk meringankan beban ibu tunggal dalam menyara hidup seisi keluarga.
Pautan lain








Lokasi Kami
USNO bergerak di seluruh Sabah, memperjuangkan hak-hak bumiputera dan menyuarakan aspirasi rakyat untuk pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.
Alamat
Sandakan,Sabah,Malaysia
Waktu
9pagi hingga 5petang