Selamat datang ke laman rasmi USNO Kawasan DUN N53 Sekong
USNO Sabah bakal mengadakan Kongress Agung pada 13 - 15 Jun 2025
Kongres Agung USNO 2025
Penerangan & Media USNO Sekong
6/6/20251 min read


Setelah kesemua Bahagian USNO seluruh Sabah selesai melaksanakan persidangan sekitar hujung bulan Mei yang lalu,kini Parti United Sabah National Organisation (USNO) bakal mengadakan Kongres Agung Parti itu pada 13 sehingga 15 Jun hadapan.
Parti keramat Sabahan yang diasaskan oleh bapa kemerdekaan Tun Datu Mustafa Datu Harun pada 23 Disember 1961 ini telah dilihat semakin mendapat sambutan rakyat Sabah menjelang Pilihanraya Negeri ke -17 (PRN17) tahun ini setelah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk jelajah di segenap kawasan Pantai Barat dan Timur Negeri Sabah.
Dipimpin oleh veteran politik yang tidak asing lagi bagi rakyat Sabah iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia,USNO juga bakal bertanding di beberapa kawasan yang diyakini mampu disandang oleh calon parti.
Walau pada mulanya menerima ejekan dan tohmahan negatif dari pelbagai pihak serta pengkritik politik,namun USNO terus gagah melangkah membelah badai arus perjuangan dan terus mencipta sensasi dalam arus perkembangan perjalanan politik Sabahan justeru menambat hati para rakyat tempatan dengan penyertaan ribuan ahli baru di serata kawasan terutama Pantai Timur Negeri ini.Sebuah petanda positif untuk Parti Peribumi Tertua di Sabah ini menjelang PRN-17 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Kongres Agung yang akan diadakan di Dewan Terbuka Seri Dungkuan,Kampung Rampayan Laut Kota Belud itu bakal menghimpunkan keseluruh ahli-ahli USNO yang melibatkan 23 Bahagian seluruh Negeri Sabah,meliputi Ahli-Ahli Majlis Eksekutif tertinggi,Ketua-Ketua Bahagian serta AJK-AJK Bahagian,Sayap-sayap Parti yang merangkumi Ketua Generasi Baru(KGB) dan Ketua Kaum IBU,disamping para perwakilan dan pemerhati.
Disamping itu juga,wakil-wakil ketua komponen Parti Gabungan Rakyat Sabah(GRS) akan turut dijemput bagi memeriahkan Majlis Perasmian Kongres berkenaan.- Penerangan & Media USNO Sekong

Video imbasan aktiviti dan program USNO Sekong dari November 2024 - Mei 2025