Selamat datang ke laman rasmi USNO Kawasan DUN N53 Sekong
USNO Sekong melebarkan sayap Cawangan ke Kampung Bambangan,Sandakan.
Majlis Perasmian Cawangan USNO Kg.Bambangan,Sandakan.
Penerangan dan Media USNO Sekong
9/9/20251 min read


Kg.Bambangan,Sandakan - USNO Sekong melebarkan sayap bahagian tersebut apabila menerima penyertaan seramai hampir 200 penduduk sekitar Kampung Bambangan,Sandakan.
Jumlah itu meliputi 5 buah Cawangan yang ditubuhkan oleh rata-rata penduduk berkenaan yang tertarik dengan wadah perjuangan Parti USNO yang bersifat mesra rakyat dan punya wawasan tersendiri.
Penyerahan borang keahlian daripada seramai 5 Ketua Cawangan USNO dilakukan sempena Majlis Perasmian Jentera PDM Kampung Gas,disini pada pagi Sabtu,6 september.Majlis yang disempurnakan oleh Presiden Parti USNO Tan Sri Datuk Sri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia diiringi Ketua Bahagian Puan Sri Diana Datuk Yusuf Diego,adalah sebuah langkah persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Dalam ucapan perasmian,beliau (Tan Sri Presiden) sempat memberikan kata-kata semangat kepada penduduk setempat dan menasihati agar bijak memilih pemimpin yang mampu menggalas amanah dan aspirasi rakyat justeru mewkili suara semua penduduk di dalam Dewan Rakyat.
Terdahulu ucapan disampaikan oleh Ketua Bahagian,yang telah merakamkan penghargaan kepada kesemua yang telah menyertai USNO serta akan cuba membawa suara dan keluhan rakyat kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri.
Majlis yang berlangsung selama kira-kira empat jam itu tamat pada sekitar jam 12.30 tengah hari. - Penerangan & Media USNO Sekong